Kelas Online

 

FAQ - Minda Optima
Soalan Lazim (FAQ)
Bagaimana Minda Optima ukur kelancaran anak?

Minda Optima menyediakan beberapa silibus, setiap silibus ada tahap senang & susahnya. Jika anak sudah habis kesemua silibus, anak sudah pun menguasai membaca dengan lancar. Admin akan update secara berkala tentang progress anak. Jangan risau ☺️

Adakah anak akan confuse teknik yang diajar oleh cikgu?

Tidak akan confuse sama sekali. Teknik yang digunakan membantu anak membaca lebih cepat melalui gabungan teknik phonic, mengeja & mengaji. Teknik artikulasi yang mudah dan santai menarik minat anak untuk cepat belajar.

Teknik apa yang digunakan oleh Minda Optima?

Teknik yang digunakan ialah teknik artikulasi.

Berkesan ke jika hantar anak di Minda Optima?

Pengalaman sejak 1995 telah membantu ribuan anak belajar dari zero. Banyak testimoni ibu ayah menunjukkan keberkesanannya. Oleh itu, Minda Optima bertahan sehingga kini.

Adakah kelas ganti diberikan kepada anak yang tidak dapat hadir atau burn?

Yuran dibayar mengikut kelas yang ditetapkan. Kelas ganti hanya diberikan jika anak tidak hadir atas sebab yang tidak boleh dielakkan seperti sakit, kematian, atau program sekolah. Cuti peribadi tidak layak mendapat kelas ganti.

Buku yang digunakan buku apa?

Buku yang digunakan ialah buku keluaran Minda Optima sendiri iaitu Pantas Baca untuk BM dan The Victoria Readers untuk English.

Boleh ke anak belajar dua program serentak?

Tidak dibenarkan kerana anak kecil cenderung keliru jika belajar bahasa berbeza dalam masa yang sama. Cikgu menyarankan untuk memulakan dengan program BM dahulu sebelum mengambil program English.